Selamat Ulangtahun Sayang

Masa tengah taip entry ni, terdengar lagu dari Imran Ajmain “Selamat Ulang Tahun Sayang”..

18 Feb 2010. Genap umurku 24tahun. Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk aku bernafas di bumi ini..

Aku bersyukur kerana dikelilingi orang yang menyayangi aku seadanya, terutamanya Hubby. Terima kasih atas segala pengorbanan Hubby untuk melihat aku sentiasa gembira saat aku menyambut hari jadi aku.

Tahun ni juga, tahun pertama aku meraikan hari jadi aku sebagai seorang ibu.

Aku bangga dan bersyukur, pada usia semuda aku, aku sudah punya segalanya ; suami dan anak. Hanya itu harta yang paling bernilai buat aku, dan akan aku jaga sehingga hujung nyawa aku..

Terima kasih juga kepada ibu yang melahirkan aku 24tahun yang lalu. Tepat 9 bulan 10 hari usia kandungan ibuku, maka lahirlah insan yang bergelar aku.

Terima kasih semua atas segalanya..